Monday, November 1, 2010

kuih tepung kapurku

hasil daripada resepi yang aku ubahsuai mengikut apa yang ada di dapurku..
kuih yang ku potong ketika maih suam..tak sabar nak rasa hasilnya..sebenarnya kalau dipotong ketika sejuk lagi cantik..sedap..terima kasih kepada tuan punya resepi..(resepi yang biasa aku buat main agak-agak je airnya..tu yang kadang terkeras, kadang terlembik)..he..he..orang kampung, biasalah..masak main campak-campak je..
 
maaf kerana ubahsuai resepi
 
TEPUNG KAPUR (resepi yang terpaksa diubahsuai mengikut keperluan dan apa yang ada-nak hantar rumah cik aku separuhnya tu..)
 
Bahan
  • 1 kg tepung gandum
  • 1 s/besar rata kapur makan - dibancuh dengan 1 cwn air suam
  • 2 keret gula tuak (gula kabung) dimasak dengan 4 cawan air dan ditapis, biarkan suam.
  • 3 @ 4 cawan air biasa
  • (jumlah air yg digunakan ialah 8 - 9 cawan kesemuanya..agak-agaklah)
  • 1 biji kelapa kulit hidup ..parut digaul dengan sedikit garam 
Cara membuat
1. Panaskan periuk kukusan
2. Masukkan tepung ke dalam mangkuk.
3. Campurkan air biasa ke dalam air gula keret tadi supaya air gula keret menjadi sejuk sedikit.
4. Tuangkan air gula keret ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil digaul rata. Masukkan air kapur dan kacau rata.
5. Tuangkan adunan yg telah rata ke dalam loyang dan kukuslah sehingga masak lebih kurang 45 minit.
7. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong nipis2 dan digaul dengan kelapa sebelum menghidang

No comments:

Post a Comment