Tuesday, November 16, 2010

koleksi resepi kuih belimbing

pertama aku nak minta maaf banyak daripada pemilik resepi dan pemilik gambar kuih ini..aku tidak ada niat nak jadikan koleksi resepi ini sebagai hasil usahaku..aku cuma mengumpul resepi kuih belimbing yang berbagai versi sekadar untuk simpanan dan insyaallah ingin dicuba sahaja..aku link ke website asal pemilik untuk maklumat  selebihnya..

A. copy n paste
Resepi Kuih Belimbing
Bahan-bahan:
1. 1 cawan gandum
2. 1 cawan air masak
3. 1 camca besar majerin/mentega
4. 2 camca besar gula
5. ¼ camca teh garam
6. ½ camca teh esen vanila (kalau takde tak bubuh takpe)
7. 1 biji telur

Kaedah:
1. Baca bismillah, betulkan niat.
2. Pukul telur dalam satu mangkuk. Asingkan.
3. Ambil periuk, masukkan air masak, panaskan gula + majerin/mentega + gula + garam + esen vanila. Kacau sampai majerin/mentega cair. Tutup api.
4. Masukkan gandum dan kacau cepat-cepat. Adunan panas, jadi gunalah sudu atau senduk atau apa-apa yang sewaktu dengannya.
5. Lepas tu, masukkan telur yang telah dipukul tadi dan kacau bagi sebati.
6. Panaskan minyak, masukkan adunan ke dalam acuan, picit dan potong mengikut saiz yang anda sukai.
7. Teruskan menggoreng, sambil mengacau supaya masak secara sekata sehingga kuning keemasan/keperangan, angkat dan toskan minyaknya.

Bahan untuk sira:
1. 5 camca besar gula
2. 1/5 camca teh garam
3. air secukupnya (sedikit sahaja, untuk melarutkan)

Kaedah:
1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali/periuk.
2. Panaskan sambil kacau sehingga menggelegak. Biarkan ia menggelegak dalam lebih kurang 2 atau 3 minit...jangan lama sangat, jangan bagi gula bertukar warna jadi perang. Biarkan ia menggelegak dalam warna jernih. Tutup api.
3. Masukkan kuih yang telah ditoskan minyaknya tadi ke dalam satu bekas besar, dan masukkan gula cair tadi dan kacau sehingga semua kuih disaluti oleh gula.
4. Masukkan kuih yang telah disaluti gula ke dalam bekas untuk menghidang. Biarkan sekejap, nanti gula tadi akan mengeras dan kuih akan kelihatan menarik

 B. copy n paste

 Kuih Belimbing

pestaim wat kuih nih pas makan pestaim kat umah kak.fa ujung minggu lepas! tak secantik kak.fa buat sbb kak.fa buat lagi kembong! yg nih malu2 tenuk! hihihi.... tapi yg kompem mmg sedap! rangup dluar, lembut ddalam! tak abih interbiu mana asal usul kuih nih! nama kuih belimbing maybe sbb bentuknyer cam belimbing! kan kan kan kak.fa kan! hihihi.. kuih nih mcm wat Cream Puff cume bezanya cream puff dbakar, kuih nih plak dgoreng! lagi sonang kije! cume aku xde acuan sebeno, jdnyer leceh skit klu gune nozel.. klu korang ada acuan kuih yg tekan2 beso tuh (alaaa apa ke nama mangkuk ayun tuh?! yg wat maruku ke semprit tuh lerr... heeee tp kuih nih kene gune yg bentuk bintang utk jd bentuk belimbing) haaaa bleh la guna sbb bleh isi byk2 dan cepat siap! hehehe.. jom layan resepi! mekasih wat kak.fa! lebiuuu akak! hihihi

Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1 sudu makan marjerin/butter
  • 1 sudu makan gula
  • esen vanilla
Cara-cara
  • Didihkan air, gula, esen dan juga marjerin. Sementara tuh, dlm mangkuk lain pukul telur kejap.
  • Tutup api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 gune senduk kayu.
  • Kemudian masukkan telur dan kacau cepat2 hingga sebati dengan tepung td.
  • Panaskan minyak, masukkan adunan ke dalam acuan dan picitkan ke dalam kuali. potong setiap 5cm.
  • Goreng hingga kekuningan dan angkat.
  • Taburkan gula. Sedia utk dmakan!
bentuk nozzle bintang yg aku gunakan utk kuih nih.. acuan sebeno adalah 'acuan sawa' yer puan2!!! tQ k.nor bgtau! hihihihi
C. KUEH BELIMBING
copy http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/
Bahan:- (lebih kurang 15 biji)

1 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telor
1 sudu makan butter/marjerin
1 sudu makan gula
sedikit esen vanila
*1/2 sudu kecik baking powder diayak bersama tepung(ni ibu tambah)
Cara-Cara:-

Didihkan air, gula, esen vanila dan juga butter. Sementara tuh, dalam mangkuk lain, pukul telor kejap.
Bila bahan tadi telah mendidih, tutup api dan masukkan tepung. Kacau cepat2 dengan senduk kayu.
Kemudian masukkan pula telor dan kacau lagi cepat2 hingga betul2 sebati dengan tepung tadi.
Panaskan minyak dengan api sederhana. Masukkan adunan ke dalam acuan/nozzle star dan picitkan ke dalam kuali. Potong setiap 5cm. (*kalu ada acuan SAWA tuh, lagi cepat..akak guna acuan picit biskut dahlia tu jek..)ibu pun guna sarang dahlia gak dpt 18 ketul
Goreng dan balik-balikkan dan angkat bila kekuningan.
Biarkan kuih sejuk sebentar dan taburkan gula..Sedia untuk dimakan.

1 comment:

  1. mcm menarik ni...nk try lah dan mohon share resepi ngn kwn2 ye..mekasih

    ReplyDelete